Powered By Blogger

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

Telur Pindang.......yummy.... (^-^)

Assalam all..
My family is now thinking bout the favors we'll give to guests as door gift.. we just want a simple yet memorable n unique favors. Telur pindang and jelly is among teh favors we could think of for now.. mama had called my auntie in Felda Linggiu, Wak Pah to asked for the telur pindang recipe.. we are planning to make it on our own since its quite pricey if we tend to purchase it.. the lowest price we could find so far is 80 cents per egg.. yet the taste may not as what we expected.. the reason we chose telur pindang is simply because we are johorean which famously known with berkat n telur pindang.. we are not going to give the berkat since we use catering, hence telur pindang.. telur pindang ni selain sedap, memang tahan lama la.. i like sgt2.. tp kat selangor ni payah nak jumpa telur pindang.. kat stesen minyak kdg2 adela jumpa.. tp tak pnah beli pun.. hehe.. kat johor memang selalu ada, especially masa kenduri kawen.. so, to anyone who tend to try to make telur pindang on your own, below are the recipes i found from en google.. check it out yea??


Resipi Telur Pindang from http://resepi.mesra.net
10 biji telur
10 helai daun lengkuas
10 helai daun serai
Kulit bawang secukupnya
Sedikit halba, jintan manis, ketumbar dan garam

Masukkan semua jenis daun, rempah dan kulit bawang dalam periuk yang sederhana besar. Susunkan telur di atas dedaun dan taburkan sedikit garam. Penuhkan periuk dengan air kemudian rebuslah telur dengan api yang perlahan selama dua hari.



Resipi Telur Pindang Warisan from http://www.srikasih.co.cc
Pertama, telur-telur yang segar dan baik saja akan dipilih dan diambil daripada ladang. Kami juga akan memastikan agar ayam yang diternak di ladang diberi makanan yang berkualiti. Kemudian, telur itu akan dicuci sebelum direbus bersama rempah ratus.

Lebih 10 jenis ramuan rempah dan herba digunakan dengan cara direbus bersama telur untuk menghasilkan telur yang berwarna gelap dan mempunyai rasa eksotik. Antara ramuannya ialah daun manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, lengkuas, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan serai.

Gabungan daun senduduk, daun jambu batu dan daun manggis inilah yang menyebabkan telur pindang berwarna gelap. Sementara lengkuas, halia dan serai pula memberikan rasa yang berbeza daripada telur rebus biasa.
Selepas tiga hari, proses merebus akan selesai.



Resipi Telur Pindang from http://nabialish779.fotopages.com
TELUR PINDANG(utk 20 biji telur) 
bahan 
rempah kari daging sebungkus besar-lg byk lg sedap..
ketumbar ditumbuk kasar]
jintan manis ] nih semua beli kt GIANT ada yg dh dipack seringgit2..haa guna satu bngks tu.
jintan putih ]
garam secukup rasa
asam jawa stgh bungkus besar
serai dititik(4-5 btg)
lengkuas(sebesar ibu jari)
halia(sebesar ibu jari)
bawang besar dihiris(3-4 biji)
kicap agak2 stgh botol besar-pewarna bg telur pindang cantik
segala jenis daun - daun jambu batu, senduduk, pandan, daun serai wangi, daun lengkuas, daun salam, mengkudu sebanyak mungkin..sbb telur pindang nih bergantung kepada wangi2 daun nih semua naikkan rasanya..
 
cara 
-susun daun2 ke dlm periuk agak besar..
-lapiskan daun td dgn telur pulak..susun elok2..kemudian taburkan segala bahan2 td..garam secukup rasa+rempah ratus+asam jawa..susun lagi daun atasnya dan lapis lg dgn telur..kaedah ini supaya telur x mudah pecah..setiap lapisan dilapis dgn rempah ratus supaya lebih mudah meresap rempah ke dlm telur..
-masukkan air sehingga penuh menutupi daun2 n bahan2 rempah ratus.
-rebus. jika air rebusan semakin sikit..masukkan lagi air dan rebus telur tu kalau boleh 2-3 hari..maksudnya tutup api mlm..n sambung lg esok n seterusnya..  nih kalau kenduri laa kn..br laa rs betul2 rempahnya pd telur tu..kalau buat sendiri nabia rebus seharian sj.. being d malas me 
-kemudian basuh rempah2 pd telur n hidangkan..huhu yummy!



Resipi Telur Pindang from http:// hobiku-haidhar.blogspot.com
Resepi telur pindang Mak Mon
Daun manggis
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi
Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.

Till then, daaaaaa!!!! (^-^)


No comments:

Post a Comment