Powered By Blogger

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2011

Pening.... pffffft!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Warning!!!! This is just a rant n expressed deep from my heart.. no heart feeling yea.. =)

Kenapa kalau kawin kena guna banyak sgt duit? sedangkan Nabi SAW pernah bersabda, perkahwinan yg paling berkat adalah yg paling rendah maharnya.. so kenapanya bila nak kahwin kena keluar duit yg sgt2 byk.. kalau zaman sekarang ni bakal pengantin lelaki kena prepare at least RM20 ribu utk kahwin saja.. tu pun belum tentu cukup coz belum lg masuk belanja sampingan dsb.. ye la, mana nak bagi duit hantaran kat bakal pengantin perempuan lg, nak belanja kenduri rumah parents sendiri, photographer, andaman, doorgifts, barang2 hantaran, kad kahwin, cincin kahwin, mas kahwin, macam2 lagilah.. makanan utk jamuan je dah ribu-riban.. ye la, apa standard bg bihun goreng ke, nasi ayam ke, mee goreng ke kat kenduri kahwin kan?? kena la bg nasi beriani ke, nasi minyak ke, nasi tomato ke, nasi pelangi ke, nasi jagung ke, nasi hujan panas pun ada.. klu takde nasi2 tu macam tak sah, tak lengkap kenduri kahwin seseorang tu.. takut sgt org mengata kan?? n that is why bakal pengantin perempuan kena tolong bakal suaminya kumpul duit nak kahwin.. kalau tak sampai ke sudah la membujang.. huhu.. n then, macam mana utk bakal pengantin yg baru je bekerja tp dah sampai seru nak kahwin? selain parents sponsor (kalau parents mampu la kan), nak tak nak kena la minta bank sponsor.. tu pun kalau dah layak.. kalau tak, mana nak cekau?? nak minta sedara mara mesti segan kan??
hm, kalau ikutkan i, i just want a simple majlis nikah n kesyukuran.. xpayah nak pelamin apa bagai pun takpe.. xperlu jemput semua kenalan pun xpe.. thanksgiving ceremony is enough for me.. at least duit yg ada boleh kt simpan utk belanja lepas kahwin.. tu yg paling utama.. but then bila MEM BESAR dah berhajat, nak kata macam mana.. terpaksala kami bertungkus lumus mengusahakan menyediakan perbelanjaan utk majlis kami nanti.. tu pun masih belum cukup.. (nak nangis!!) takkan nak pinjam sedara mara kan?? smg Allah permudahkan perjalanan kami menuju ikatan yang halal.. really need His barakah n rahmah..  
ye la kan, kita kahwin utk seumur hidup, dunia akhirat insyaAllah.. n tujuan kahwin itu sendiri adalah utk menenangkan fikiran, utk memberi kemudahan n kesenangan hidup, terurus skit hidup kita kan? especially bila perkahwinan itu beserta pengharapan agar mendapat barakah n rahmah serta mawaddah dari Allah.. but then kalau sebelum kahwin masing2 dah pening nak cukupkan duit majlis kahwin, n after kahwin nt rumah mesti at least ada basic needs, boleh ke nak tenang fikiran tu?? and thanks Allah since for the moment we'll stay at ayah's house in Telok Panglima Garang.. otherwise we'll have to standby more money for rental deposit.. again, money.. seems like we have to struggle after getting married.. hm, rasa macam malas nak kahwin, but we have to.. there's a silver lining behind the cloud i hope.. apa pun, smg Allah permudahkan rezeki kami.. i always hope for His barakah in my life..

Sedikit petikan berkaitan dengan post kali ini dari Blogger Cetusan Hati :

GADIS MAGHRIBI ANCAMAN BUAT GADIS MELAYU?

Posted on | December 15, 2010 | 79 Comments
Sebelum aku bertempik di sini, lebih baik aku terangkan maksud posting ni. Menurut Metro Ahad lepas, Gadis Maghribi sedia ke Malaysia untuk berkahwin dengan lelaki Malaysia dengan hanya RM14,000 kos sepenuhnya. Sangat rendah maharnya dan mampu untuk lelaki yang baru nak memulakan hidup. Itulah gadis melayu, letak hantaran tinggi sangat sampai lelaki melayu pun dah tak heran dah.
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
Kenapa perempuan melayu bila nak berkahwin susah sangat urusannya? Dari urusan baju pengantinnya, persalinannya, mekapnya dan segalanya hanyalah membuatkan kesusahan untuk berkahwin. Bukankah Islam itu menggalakkan kesederhanaan? Mengapa kita tidak bersederhana saja dalam perkahwinan agar ia berkat sepanjang hayat.
Seorang lelaki yang berkahwin dengan gadis mahribi berkata
” Tidak perlu berbelanja besar, sebaliknya kos RM14,200 sudah cukup untuk ke Maghribi dan berkahwin dengan gadis di sana. Kos RM14,000 itu adalah kos keseluruhan termasuk tambang kapal terbang pergi dan balik, majlis kahwin dan berbulan madu”
Tengoklah, betapa rendahnya kos perkahwinan dengan gadis mahgribi. Lelaki mana yang taknak? Selain itu, dicatatkan dalam Metro Ahad bahawa kelebihan gadis maghribi adalah seperti berikut
1. Cantik ( Melayu pun cantik jugak)
2. Kulit Gebu ( Gebukanlah! :-D )
3. Subur ( Kalau melayu tak subur, tak berkembang keturunan kita hari ini)
4. Belum tercemar ( Ramai gadis Melayu yang masih terpelihara)
5. Taat ( Melayu pun taat jugak, segelintir je tak taat)
6. Pembersih ( Melayu pun ada yang pembersih jugak)
7. Pandai menjaga makan ( Belajarlah masak wahai gadis Melayu)
8. Bukan Jenis Pengikis
9. Tidak perlu dating
10. Murah
Aku tengok kelebihan gadis Maghribi ni boleh disangkal semuanya kerana gadis Melayu pun masih ramai yang mempunyai kelebihan macam tu. :-o
Menurut Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Salleh Motivation and Counseling Consultancy, Hushim Salleh berkata
” Jika lelaki negara terutama yang tergolong dalam kategori berkualiti, memilih jodoh gadis dari luar negara, tempiasnya pasti terkena kepada gadis tempatan. Realitinya hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usianya belum berkahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan mereka. Pada masa yang, faktor perbelanjaan seperti hantaran dan kahwin semakin tinggi turut menjadi penghalang kepada ikatan perkahwinan”
Kesimpulannya di sini, gadis tempatan janganlah terlalu demand dalam mencari calon yang sesuai. Kalau umi ayah aku, perkara pertama jadi calon menantu, mesti pandai jadi imam, kalau boleh jadi imam maknanya adalah ilmu di situ. Tak berharta tapi kaya budi bahasa pun cukuplah. Aku pun rasa macam cukup je. :-D Perkara lain-lain barulah nombor dua. Jangan jadi seperti cerita di bawah ini, tergelak aku baca. Ada ke pergi azan bila bakal ayah mertua suruh jadi imam. Dia berniat nak iqamah tapi tak reti beza azan dan iqamah, dia terazan.
Selain itu, gadis maghribi ini bukanlah ancaman besar mana pun. Kalau dah ditulis takdir kita adanya jodoh, kita tetap akan berumahtangga. Kalau tak ada jodoh, berusahalah kerana Allah itu Maha Adil dan sebagai hamba janganlah berhenti berusaha. Carilah cinta kerana cinta tak akan datang bergolek seperti bola pingpong yang kita serve sebagai bola chop. :-)

Till then guys, daaaaa.. =)

::END::

No comments:

Post a Comment